Sunday, October 10, 2010

JOM JIMAT(3)

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi cara penjimatan minyak pula,

1) Rancang Perjalanan kita supaya kita boleh pergi dan selesaikan urusan kita dengan masa yang singkat. Kita boleh kumpulkan bil bil(jangan sampai lebih due date dah la) dan kita pergi settel kan dengan satu perjalanan sahaja.

2) Lebih Elok jika kita guna High way melainkan jika kita tahu jalan pantas dan tidak sesak kadang kadang kita nak jimat kan TOL tapi sebenarnya kita telah keluarkan lebih untuk duit service, duit untuk menggantikan tayar, duit minyak, dan yang lebih penting sekali adalah masa kita yang amat berharga.

3)Pastikan tekanan tayar anda berada di tahap yang sesuai kerana kereta akan menggunakan lebih minyak untuk bergerak apabila angin kurang serta boleh menyebabkan tayar menjadi botak lebih cepat.

4)Hanya menggunakan AIR COND jika perlu sahaja.

5)Jika boleh isi minyak di selah malam atau pagi. Kerana minyak berada dalam keadan gas waktu panas dan kuantiti yang memasuki kedalam tangki agak tinggi.

Ok jumpa lagi .......

No comments:

Post a Comment