Assalammualaikum ........ dan Salam 1 Malaysia
Disini saya ingin berkongsi cara cara nak berjimat di zaman yang mencabar ini. Zaman sekarang semua benda kena guna duit. Jadi bagaimana kita boleh berjimat mari kita lihat bagimana kita boleh berjimat di rumah kita.
1)Tahu kah anda dengan meletakkan sebotol air mineral kecil didalam tangki air (tandas) anda mampu menjimatkan 500 ml air sekali pam. Memanglah nampak kecil penjimatanya tapi cuba bayangkan sehari kita guna 3 kali dalam dalam sebulan dalam setahun.
2)Air basuhan beras pula boleh disimpan dan digunakan untuk menyiram pokok bunga cara ini bukan saja mampu menjimatkan tetapi juga mampu menyihat kan pokok bunga anda.
3)Semasa mengosok gigi tak perlulah kita membiarkan air mengalir dari kepala paip tapi cukuplah sekadar segelas air.
4) Pastikan tiada kebocoran dimana mana bahagian paip jika di kesan cepat cepatlah biaki sebelum memberi kesan seperti tompok tompok kuning, lebih teruk lagi jika berlumut.
5)Semasa pergi bercuti atau balik kekampung pastikan paip utama ditutup supaya dapat mengelakan dari limpahan air akibat dari paip air yang ditutup secara tidak sempurna.
6) Pastikan kita mempunyai rutin mengemas rumah yang teratur ini penting kerana untuk mengetahui barangan yang masih banyak dan barangan yang patut dibeli. Cukup lah jika kita mengMOP seminggu 2 kali selebihnya cukup lah jika menyapu sahaja.
Nanti kan lagi tip tip yang menjimatkankan di lain hari
No comments:
Post a Comment