Tuesday, March 8, 2011

BEST NI MESTI CUBA

Assalamualikum

Hai semua saya dah lama tak berbelog ni tapi bila tekan tekan sana sini jumpa plak dengan blog ni buat ga nasib baik tak over due lagi harap harap menang la kali ni.

ok syarat

1) aku dah follow blog ni http://jommarketing.blogspot.com/ blog pasal marketing
pastu

2) copy baner
GIVEAWAY 1

PON sudah

3) buat Entry pasal macam mana promote blog,

Aku bukan promote blog tapi aku promote web site boleh la jugak kan
1) Aku edar flyer yang aku buat & print sendiri jer jimat giler bila pakai prinbter yang ada tank kat tepi tu modal kertas 500 pcs baru 8.50 jer aku letak kat dalam paper kat kedai kedai kat umah aku.
2) aku buast chop yang selfink pastu aku bawak bila kau pegi jalan jalan lepak lepak kan bayak iklan yang orang tampal  guna A4 paper tu aku pun chop la kat mana mana yang kosong pegi kedai mamak sambil makan baca paper aku chop kat paper mamak tu
3) Aku tengah buat report nak share pasal bussines aku pas tu aku nak jadi kan ebook and bagi free
4) aku guna face book untuk buat promosi
5)aku buat stiker kereta aku letak kat kereta aku .

tu je lah cara aku buat promosi website aku

Sunday, October 10, 2010

JOM JIMAT(3)

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi cara penjimatan minyak pula,

1) Rancang Perjalanan kita supaya kita boleh pergi dan selesaikan urusan kita dengan masa yang singkat. Kita boleh kumpulkan bil bil(jangan sampai lebih due date dah la) dan kita pergi settel kan dengan satu perjalanan sahaja.

2) Lebih Elok jika kita guna High way melainkan jika kita tahu jalan pantas dan tidak sesak kadang kadang kita nak jimat kan TOL tapi sebenarnya kita telah keluarkan lebih untuk duit service, duit untuk menggantikan tayar, duit minyak, dan yang lebih penting sekali adalah masa kita yang amat berharga.

3)Pastikan tekanan tayar anda berada di tahap yang sesuai kerana kereta akan menggunakan lebih minyak untuk bergerak apabila angin kurang serta boleh menyebabkan tayar menjadi botak lebih cepat.

4)Hanya menggunakan AIR COND jika perlu sahaja.

5)Jika boleh isi minyak di selah malam atau pagi. Kerana minyak berada dalam keadan gas waktu panas dan kuantiti yang memasuki kedalam tangki agak tinggi.

Ok jumpa lagi .......

Tuesday, October 5, 2010

JOM JIMAT (2)

Salam 1 Malysia

Ok kita sambung lagi cara cara nak berjimat di rumah. Bagi yang bujang tu memanglah tak nampak kepentingan berjiamat terutama Electrik dan Air. Ok hari ini saya nak berkongsi TIP bagaimana nak jimat ELECTRIK

1) Pastikan setiap malam sebelum tidur kita check rumah pastikan tiada perkakasan yang masih terpasang biasalah budak budak TV yang tengok di orang, komputer telah di shutdown dengan sempurna kerana kegagalan kita melakukannya menyebab kan kita rugi.

2) Jika menggunakan AIR COND pastikan bilik tersebut tertutup tiada ruang untuk udara panas masuk dan udara sejuk keluar ia akan menyebabkan AIR COND mengggunakan tenaga yang lebih untuk menyejukan bilik.

3) Jika boleh tukarkan lampu panjang (KALIMANTANG) dengan Compact Fluorescen ini kerana penjimatan tenaga yang ketara

4) Kita boleh lantik anak anak kita jadi "ENERGY SAVER " dan upah akan di berikan bedasarkan penjimatan Bil Electrik disamping memberi kesedaran anak akan cuba melakukan yang terbaik

5)Beli barangan Electrik yang mempunyai "ENERGY STAR" kerana kajian telah dilakukan terhadap peralatan ini.

OK Selepas ini saya berikan TIP penjimatan Minyak pula

Friday, October 1, 2010

JOM JIMAT (1)

Assalammualaikum  ........  dan Salam 1 Malaysia

Disini saya ingin berkongsi cara cara nak berjimat di zaman yang mencabar ini. Zaman sekarang semua benda kena guna duit. Jadi bagaimana kita boleh berjimat mari kita lihat bagimana kita boleh berjimat di rumah kita.

1)Tahu kah anda dengan meletakkan sebotol air mineral kecil didalam tangki air (tandas) anda mampu menjimatkan 500 ml air sekali pam. Memanglah nampak kecil penjimatanya tapi cuba bayangkan sehari kita guna 3 kali dalam dalam sebulan dalam setahun.

2)Air basuhan beras pula boleh disimpan dan digunakan untuk menyiram pokok bunga cara ini bukan saja mampu menjimatkan tetapi juga mampu menyihat kan pokok bunga anda.

3)Semasa mengosok gigi tak perlulah kita membiarkan air mengalir dari kepala paip tapi cukuplah sekadar segelas air.

4) Pastikan tiada kebocoran dimana mana bahagian paip jika di kesan cepat cepatlah biaki sebelum memberi kesan seperti tompok tompok kuning, lebih teruk lagi jika berlumut.

5)Semasa pergi bercuti atau balik kekampung pastikan paip utama ditutup supaya dapat mengelakan dari limpahan air akibat dari paip air yang ditutup secara tidak sempurna.

6) Pastikan kita mempunyai rutin mengemas rumah yang teratur ini penting kerana untuk mengetahui barangan yang masih banyak dan barangan yang patut dibeli. Cukup lah jika kita mengMOP seminggu 2 kali selebihnya cukup lah jika menyapu sahaja.


Nanti kan lagi tip tip yang menjimatkankan di lain hari